-if you don't like it... then leave

Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker
2006-10-13 Friday

Hari ni masuk hari ke-20 berpuasa
Alhamdulillah, aku masih mampu menunaikannya
Nikmat juga berpuasa waktu 'berbadan dua'
Walaupun letih, aku gagahkan juga
Sayangya kalau teringgal satu hari puasa
Nak menggantinya nanti entah bila
Aku berdoa moga dapat puasa penuh kali ni
Tapi, kalau dah bersalin seminggu seblm raya
Kena ganti puasa juga nampaknya

Sebelah petang suami akan datang ke pejabat
Memantau aktiviti yang aku lakukan (kata dialah)
Tapi..aku tau bukan itu yang dia maksudkan
Dia risau keadaan aku sebenarnya
Iyelah, 'mak buyung' ni masih gagah bekerja
Takut juga kalau tiba² aku sakit nak bersalin
Kalau ada suami, ada jugalah yang akan membantu

Bulan puasa ni ada aktiviti baru
Habis kerja aku ditemani suami akan ke tempat biasa
Bazar Ramadhanlah hala tuju kami
Mencuci mata melihat juadah berbuka puasa
Sambil tu aku hafal kedai yang aku suka
Manalah tau, kalau tak larat pergi nanti
Senang nak minta suami tolong belikan apa²

Aku akan berehat menulis mulai hari ni
InsyaALLAH selepas bersalin nanti aku akan kembali
Dikesempatan ini aku mohon ampun sepuluh jari
Pada semua sahabat handai @ sesiapa yang mengenali
Andai ada salah kata @ bahasa
Harap dimaafi
Tak lupa aku nak ucapkan
"Selamat menunaikan ibadah puasa &
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri
"

Aku dah jumpa apa yang aku cari
Buat bacaan waktu 'berpantang' nanti
Tadaa...ni dia..Mahligai Cinta
Karya terbaru kak Sri Diah

Free Image hosting by ImageSnap

Comment dari kak Sri Diah :

Dear Laili;

Kak Sri nak ucapkan selamat bersalin
semoga tidak menghadapi sebarang masalah;
ibu dan baby sihat walafiat hendaknya.

Alamak seronoknya Kak Sri apabila Laili
sudi membeli dan membaca Mahligai Cinta.
Enjoylah membacanya dan boleh jadi
teman semasa berpantang nanti.
(Thank you to that apek...!)

Balik Sungai Besar? Sungai Haji Dorani?
Huwaa... banyak kenangan manis akak di Sabak Bernam.
Teringat keluarga angkat...
Salam untuk suami Laili juga.

Sri Diah | 09.29.06 - 2:03 pm

* Doakan semoga aku selamat 'semuanya' ye. Amin~