-if you don't like it... then leave

Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker
2006-07-05 Wednesday

Ahaks! Kunjungan ke forum Mesra.net semalam membuatkan aku tersenyum. Teringat pada semua kawan forum yang pernah aku kenal. Tak sangka ada 'geng lama' yang masih aktif.
Terima kasih kepada yang masih mengingati nick aku bAjUkUrUnGbIrU terutama kepada
.:|eLLe|:. , Dinda2734, barbiturat_mania & Umi_Aliesha a.K.a kak Yashmak
(dah pakai nick baru sekarang ni ye?). Masa kenal² dulu kami semua 'bujang' dan sekarang dah berstatus 'isteri & ibu @ bakal ibu'.

Semalam aku demam. kerja pun setengah hari aje. Hai..demam² pun masih sempat main net.
Pergi ke klinik, minta doktor scan baby sekali. (betul ke orang kata tak elok scan banyak kali?).
Doktor kata baby sihat. Seronok sangat tengok baby gerak².

Aku tanya doktor.
"Boleh nampak tak jantina baby?"

Doktor jawab.
"Setakat ni tak berapa nampak lagi baby lelaki @ perempuan".

Hmm..aku belum shopping barang² untuk baby lagi. Suami kata tunggu kandungan aku masuk 7 bulan. Masa tu nak shopping apapun dia tak kisah. Tapi, bukan ke masa tu perut aku dah makin besar, penat nak berjalan dll? Hai..nak tak nak, kena ikut jugaklah kata suami, kan?

Hari ni, sambil update blog, sempat juga aku belek² gambar kawan yang baru bertunang & berkawin, tengok gambar baby dll. Bila tengok gambar² tu rasa kurang sikit rasa tak sihat aku ni :)

* Tengah tunggu kawan, Adda nak upload gambar majlis pertunangan dia pada 1.7.06 yang lepas.

Untuk AddA & tunang :
"Selamat bertunang. Jaga² darah tengah manis tu"