Sampai di rumah tadi aku dah agak petang ni hujan. Langit gelap semacam, banyak sangat kandung air. Dalam pukul 1.40 p.m hujan turun selebat²nya. Alhamdulillah, sejuk aje bumi hari ni. Kesian tengok adik² yang dah bersiap nak ke sekolah petang. Abah belum balik dari solat Jumaat. Nak tunggu sampai hujan berhenti mungkin dalam pukul 2.30 p.m.
Tunggu punya tunggu, hujan tak berhenti² gak. Aku yang sepatutnya dah masuk ke office pukul 2.00 p.m pun sangkut (hujan lebat sangat maaa..) akhirnya ambil keputusan untuk hantar adik² aku ke sekolah. Waktu tu jam dah menunjukkan pukul 2.40 p.m. Risau betul adik aku.
"Cepatlah kak Lily. Nanti pagar tutup..."
"Jangan risau. Mesti orang lain pun belum sampai. Kawan² yang naik basikal ke sekolah mesti tunggu hujan berhenti. Alhamdulillah kita ada kereta, takdelah basah kuyup bila sampai sekolah nanti", jawab aku cuba menenangkan hati adik aku tu.
Waktu aku sekolah rendah dulu, aku naik basikal ke sekolah pagi & petang. Bila naik darjah 6, aku pergi sekolah petang naik motor ikut jalan belakang. Dah senior la katakan, berani la nak buat perkara yang orang lain tak buat. Tempat parking motor aku sama tempat dengan ustaz & ustazah. Mula² tu mereka tertanya jugak siapa punyalah motor Pasolla warna merah, Ustaz ke @ ustazah yang pakai? (sekarang ni ada lagi ke tidak jenama tu ye?). Bila dapat tau aku yang bawak motor tu, ramai pulaklah yang suka mengusik.
"Nak tumpang motor Pasolla, boleh?"
"Jomlah..itupun kalau nak", senang je jawapan aku.
Bila hujan turun, barulah merasa naik kereta @ van abah. Tinggallah motor Pasolla warna merah aku tu. Iyelah, selaju mana pun aku bawak motor Pasolla tu, bila hujan lebat tentu basah kuyup aku jadinya.
Bila aku sampai di depan sekolah waktu hantar adik² aku tadi, aku sempat menjeling ke tempat letak motor Pasolla aku dulu. Sekarang ni tak bolehlah aku nak parking motor lagi - sebab aku dah naik kereta sendiri :D




