-if you don't like it... then leave

Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker
2006-05-18 Thursday

Entry ini patut dibaca pada 16.5.06 :-

Dua orang adik lelaki aku, Ami & Arul merengek² sebelum pergi ke sekolah agama. Merengek mintak emak balutkan hadiah untuk ustazah mereka.

"Hari ni Hari Guru. Arul nak bagi hadiah sapu tangan ni pada ustazah Arul".

Arul tunjuk sapu tangan yang mak sulamkan. Ada perkataan "Selamat Hari Guru" di atasnya.

"Ami nak bagi apa pada ustazah Ami?".

Aku tanya pada Ami. Ami cuma diam aje. Mak kata sapu tangan sulam yang Ami nakkan tu tak berapa cantik, tak eloklah kalau dijadikan sebagai hadiah.

"Entahlah..mak kata sulaman kat sapu tangan tu tak cantik.
Habis, Ami nak bagi hadiah apa?
"

Muka Ami sedih. Dia cemburu pada Arul, hadiah untuk ustazah Arul dah siap dibalut. Aku pula tolong Arul tuliskan nama ustazahnya di depan pembalut tu.

"Ala..bagi hadiah tu esok ajelah. Nanti mak sulamkan sapu tangan yang lain.
Baru cantik sikit. Ustazah pun suka
".

Mak bersuara dari dapur. Agaknya mak malas nak melayan kerenah Ami. Kalau dilayan, bertambah naiklah 'lemaknya'.

"Ha'a la Ami, bukannya hari ni aje bleh bagi hadiah pada ustazah. Esok pun boleh."

Aku pujuk Ami. Muka Ami bertambah masam.

Alahai..zaman sekarang tak sama macam zaman aku sekolah dulu.

Boleh dikira berapa kali aku bagi hadiah pada guru. Itupun aku bagi pada guru 'favourite' aku aje. Yang lain, sekadar ucap "selamat hari guru". Guru² zaman aku dulu tak harapkan sangat hadiah² 'kebendaan' macam zaman sekarang (iye ke?). Hadiah yang bermakna pada mereka adalah KEJAYAAN anak² murid.

Guru² zaman sekarang bertuah sebab anak² murid dah pandai beli hadiah 'kebendaan' pada mereka. Dalam surat khabar 17.6.06, ada cerita tentang pelajar yang kurang berkemampuan juga turut serta mendapatkan hadiah untuk guru mereka. Baiknya anak murid :)

Sambung cerita Ami & Arul :-

Pukul 2:00 petang, Arul dah selamat pergi sekolah tapi Ami masih berjalan² di ruang tamu. Aku tengokkan aje. Tiba², Ami ambil sapu tangan yang 'tak cantik' (pada pandangan mak aku - sebab mak aku yang sulamkan sapu tangan tu) dan bawa masuk ke dalam bilik. Hmm..mesti Ami nak bagi juga hadiah tu pada ustazahnya.

Aku kesian tengok Ami. Aku bagitahu pada mak, Ami nak bagi juga hadiah tu. Sebab tak nak Ami menangis (hehe..) emak ikutkan juga kata Ami. Akhirnya..siap juga emak & aku tolong Ami sediakan hadiah untuk ustazahnya sempena Hari Guru.

Lepas Ami pergi ke sekolah, aku duduk termenung. Alahai..bertuahnya jadi guru, kan? Setiap tahun akan dapat hadiah dari anak murid. Kenapa takde hari peguam? Bolehlah aku dapat hadiah 'kebendaan' daripada klien. Huhu...

* Selamat Hari Guru untuk kakak² aku - Cikgu Ramziah & Cikgu Hafizah.
* Selamat Hari Guru untuk abah aku (walaupun dah bersara) - Ustaz Ab Jalil
* Selamat Hari Guru untuk suami aku - Ustaz Kamarul (Tahniah sebab tercalon sebagai Guru Perihatin & terima kasih sebab bawa balik 'hadiah besar' untuk isterimu ini :)

dan Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar GURU...~

+ Masih belum tengok gambar kawin aku? Click sini