-if you don't like it... then leave

Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker
2006-03-07 Tuesday

Apa khabar semua? Nampaknya aku semakin malas sekarang. Malas nak update blog. Mungkin juga aku susah nak access net, kena pergi ke cc. E-mail pun bertimbun2 tak dibukak. Kenalan aku di cc ni pun makin bertambah. Tak sangka adik yang jaga cc ni duduk tak jauh dari rumah mentua aku. Belumpun raya, aku dah jemput dia datang ke rumah :)

Nampaknya janji aku untuk upload gambar2 sekitar majlis perkahwinan di rumah aku & suami mungkin tak dapat ditunaikan. Bukan 'kedekut' tapi atas sebab2 tertentu aku terpaksa buat macam tu. Aku mintak maaf banyak2 ye. Tengoklah kalau diizinkan nanti, aku akan upload gak gambar2 tu dalam net nanti.

Kadang2 aku tersenyum sendiri bila mengenangkan diri yang dah sah jadi isteri orang. Nak kata banyak berubah tu takdelah sangat. Aku tetap macam dulu cuma tanggungjawab & status tu je yang bertambah & bertukar. Kalau dulu status aku bujang, anak dara orang, kakak pada adik2, adik pada kakak2/abang2 & mak saudara pada anak2 buah tapi sekarang status dah bertukar & semakin bertambah.

* Bujang - tukar jadi 'isteri orang'
* Anak dara orang - tukar jadi 'menantu orang'
* Kakak pada adik2 bertambah jadi 'kakak pada adik2 ipar'
* Adik pada kakak2/abang2 - tak berubah sebab suami anak ke-2 (merangkap yang sulung)
* mak saudara pada anak2 buah - bertambah jadi 'mak saudara pada anak2 buah adik2 ipar'

Ramai yang dah mula bertanya bila jumpa aku di mana2.

"Dah muntah2 ke?".

Walaupun pertanyaan tu agak 'berlapik' tapi bagi orang2 yang dah mendirikan masjid tentu faham maksud soalan tersirat tu. Heheh...

Tahu tak apa yang aku jawab?

"Hmm..setakat ni takde muntah2. Sihat macam biasa.
Pening2 sikit tu biasalah. Penat dengan kerja sehari2
".

Puas hati tak dengan jawapan aku tu?
Kalau tak puas, ajukan soalan korang melalui e-mail @ YM ye..huhu.

* Psstt..insya ALLAH pertengahan bulan Oktober 2006 nanti ada 'orang baru' dalam keluarga aku. Siapalah agak 'orang baru' tu ye?