-if you don't like it... then leave

Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker
2005-10-24 Monday

Rasa macam tak nak masuk office aje hari ni. Kata² bigboss hari Jumaat lepas masih terngiang² lagi di kepala. Masa inilah yang aku tunggu². Kekeliruan, ketidakfahaman & kebosanan aku di office ini akhirnya terjawab juga. Baguslah kata² itu telah membuatkan aku tekad, nekad & yakin untuk berhenti dari office ini. Aku bukan tak suka kerja di sini tapi disebabkan'politik pejabat' yang membuatkan aku tak senang duduk & tak gembira. Mana boleh tahan bekerja kalau setiap hari ada saja 'khabar angin' yang memang tak best didengar.

Bigboss kata, awal tahun depan management dalam office akan berubah. Bigboss kata lagi, "Bagi U Laili, kes U special sikit. Kalau I nak ambik U kerja pun I dah tak mampu. Kalau U nak terus kerja di sini pun OK tapi..sampai bila U boleh tahan kan?". Glupp...Aku telan air liur sendiri. Dahla hari tu puasa. Terima pulak berita yang tak best tu, bertambah dahaga rasanya.

Apa plan aku seterusnya?

1. Tender resignation notice lepas raya? Tapi RN akan effective sebulan dari tarikh surat. Hmm..sekarang ni tengah sibuk² nak renew lesen practise pulak. Alahai..kalau tender awal nampaknya lesen aku takkan di'renew' la jawabnya.

2. Kerje dulu sampai kes lesen settle. Lepas tu aku tender. Time ni gak nak cuba cari² firm sekitar kampung aku. Bersedia awal sebelum bertukar status kepada 'Puan'.

3. Kerja sampai rasa dah tak tahan. Lepas tu baru tender notice. Alamat sempat sakit jiwa dulula..

Aku pilih : tak tau nak pilih no berapa. Apa komen korang tentang ketiga² plan aku tu?