1. Harijadi bulanan aku. Yeay! Genap umur aku 26 tahun 9 bulan (er..jangan pelik pulak. Aku memang celebrate birthday setiap 10hb tiap² bulan). Alhamdulillah, aku masih diberikan nyawa oleh-Nya untuk terus hidup & menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini. Hari ni aku nak belanja diri aku berbuka puasa di KFC. Hmm..kenapa mesti KFC ye? Sebab KFC dekat dengan kawasan rumah. Minggu lepas 3 hari dah aku berbuka dalam kereta. Hari ni teringin nak berbuka di luar. Tapi, cuma aku seorang. Ada sapa² nak temankan?
2. Harijadi ex-housemate aku, Rashidah @ nama yang aku selalu panggil, Shida. Umur dia genap 25 tahun hari ni. Hari Khamis lepas dia call. Aku sempat ucap 'selamat harijadi' pada dia. Alhamdulillah, dia dah tamat latihan BPR dan sekarang menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Siasatan BPR di Kota Bharu. Untuk Shida, "Selamat Hari Jadi yang ke-25. Moga panjang umur & dimurahkan rezeki. Kawin nanti jangan lupa jemput tau"
3. Harijadi ex-roomate aku waktu di UIA, Badren. Aku panggil dia Bad aje. Nama cute dia, Reen. Kami duduk sebilik tak lama, cuma + - 3 bulan. Waktu tu aku & dia ambik semester 3. Tak sangka kami sama² 'hantu internet'. Sama² chat di channel yang sama (server webnet - #iiu). Kebanyakan chatter yang dia kenal, aku pun kenal. Dari tu kami mula baik. Bila dah masuk semester baru, kami cuma jumpa bila berselisih di jalan. Kali terakhir jumpa, waktu aku tengah chambering. Kami date di KLCC. Sekarang ni aku & dia berYM je. Dia dah bekerja di Bukit Jalil.
Untuk Bad, "Selamat harijadi yang ke-25. Moga panjang umur & dimurahkan rezeki. Akak plan nak berbuka puasa dengan Bad tapi tak tau bila".
4. Hari jadi kawan cyber, Reen. Aku tak pernah jumpa dengan dia lagi, cuma pernah tengok beberapa keping gambar dia melalui seorang kawan. Ntah bila kami dapat bersua muka. Dah lama sangat tak contact. Dua² pemalu (Aku pemalu? Ye ke?). Berita terakhir yang aku tau, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan. Untuk Reen, "Selamat Harijadi. Moga panjang umur & dimurahkan rezeki. Bila kita dapat jumpa ye?".
* Hari ni aku bersemangat aje nak kerja. Aku harap hari² lain pun begitu juga :D




