-if you don't like it... then leave

Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker
2008-07-05 Saturday

Dah masuk bulan Rejab. Semalam, harijadi abah betul2 jatuh pada 1 Rejab. "Selamat harijadi abah, moga dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki selalu". Kami buat makan2 sikit malam tadi. Kira macam kenduri doa selamat la. Aku & Amir aje yang tidur rumah abah malam ni. Suami kena pergi ke Klang, tidur sana. Mak mertua telefon dekat2 waktu maghrib, tanya aku tidur mana. Isk..terkejut aje. Aku lebih senang tidur rumah sendiri tapi disebabkan semalam harijadi abah, jadi ambik peluang tidur sinilah..

Sejak boleh akses internet ni adik2 pun makin celik IT. 2 orang adik aku dah mula mengadap laptop sejak malam tadi. Hmm..biarlah. Aku dulu pun macam tu jugak. Tapi mereka lebih beruntung sebab ada sifu (aku la tu). Kalau aku dulu, asyik cuba jaya aje. Lama2 pandailah..

Cerita tentang Amir pulak : Amir dah setahun 9 bulan. 3 bulan lagi genap 2 tahun. Ada gak yang tanya bila Amir nak dapat adik..hehe! Nanti2lah..aku pun belum abis KDC lagi. Dah tandatangan dgn KPM, sepanjang KDC ni tak boleh mengandung. Biarlah selesai semuanya..Biar Amir besar sikit, nanti bolehlah dia jaga adiknya..haha!

Dah lama tak letak gambar Amir (asyik gambar anak aje..) Meh tengok gambar Amir..


Amir berdiri dalam kereta.


ikut ibu pergi sekolah, aktiviti kokurikulum


pakai songkok ayah..hehe


Dah pandai pegang buku tapi belum pandai membaca :p


* Untuk kawan baik masa di UIA dulu, Cik Shahrima Hezlin (haha! bgtau nama penuh tu), rindunya...seronok sangat dapat terjah blog Imm. Keep in touch!

* Rasa nak tukar 'rumah' baru la..rumah lama ni dah tak berseri..huh!